Pada pandangan saya, pemilihan lensa untuk gambar jenis makro adalah salah satu perkara yang penting. Hal ini kerana pemilihan lensa yang tepat untuk jenis gambar yang ingin diambil. Namun demikian bagaimana pula dengan individu yang baru menceburi bidang fotografi dan mereka yang kurang berkemampuan? Keadaan ini menyebabkan ianya adalah satu bebanan bagi mereka. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi sekiranya mereka mempunyai kreativiti dan teknik tertentu untuk mengambil jenis gambar makro. Seperti yang diketahui bahawa mengambil gambar jenis makro memerlukan kesabaran dan kreativiti yang sangat tinggi untuk mendapatkan gambar cantik. Oleh itu, sebagai permulaan bagi seseorang yang ingin berkecimpung dalam bidang fotografi, eliklah mereka mahir dahulu dengan jenis lensa biasa untuk menangkap semua jenis gambar dan mempelajari melaluinya barulah beralih kepada lensa yang sepatutnya.
http://mascomgroup91.blogspot.com/2013/01/cara-mengambil-gambar-makro.html#comment-form
No comments:
Post a Comment